shopping-bag 0
Items : 0
Subtotal : RM0.00
View Cart Check Out

Single Blog Title

This is a single blog caption

Pemain Buktikan Kemampuan Mereka.

Presiden Kelantan United FC, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi melahirkan rasa syukur dan menyampaikan rasa penghargaan dari pihak pengurusan tertinggi kelab buat pegawai, jurulatih dan semua pemain atas kejayaan merangkul kejuaraan edisi pertama Liga M3 2019 seterusnya berjaya layak ke Liga Perdana pada musim depan.

Beliau hadir menyaksikan perlawanan melawan Glory United FC di Stadium Lada, Langkawi, malam tadi berkata demikian pada sesi taklimat pasukan sejurus perlawanan tamat.

“Alhamdulillah usaha kita semua telah meletakkan pasukan pada kedudukan juara Liga M3”.

“Dengan kejayaan ini, kita telah mencapai langkah pertama untuk mara ke Liga Perdana. InshaAllah dalam masa tiga tahun seperti sasaran dan ketetapan kita, pasukan akan berjaya pula mara ke Liga Super”.

Menurut Dato’ Che Abdullah lagi, pemain turut telah membuktikan kepada pihak pengurusan kemampuan mereka dan ini membolehkan pihak pengurusan membuktikan kepada kepimpinan Kerajaan Negeri bahawa mereka layak berada pada kedudukan sekarang.

Katanya lagi, pada musim selepas ini, beliau yakin pasukan Kelantan United FC akan menjadi kelab terbaik dalam saingan Liga Malaysia seterusnya dapat bersaing dengan pasukan-pasukan lain.

Pada perlawanan semalam, empat gol jaringan Gassama Alfussainey dan satu lagi disumbangkan oleh Fakhrul Zaman meletakkan Kelantan United kukuh di persada Liga dengan 65 mata, 12 mata mengatasi pencabar terdekat Kuching FA seterusnya membolehkan mereka muncul juara tanpa mampu dicabar oleh mana-mana pasukan.

#KitaJuara

Leave a Reply