shopping-bag 0
Items : 0
Subtotal : RM0.00
View Cart Check Out

Single Blog Title

This is a single blog caption

Laporan Perlawanan Glory United FC 0-5 Kelantan United FC

Kelantan United FC mengesahkan kejuaraan Liga M3 2019 selepas menewaskan Glory United FC 5-0 di Stadium Lada, Langkawi, malam tadi.

Dengan kemenangan tersebut, skuad bimbingan Zahasmi Ismail kini memungut 65 mata keseluruhan dari 25 perlawanan dan sudah tidak mampu dicabar oleh mana-mana pasukan pencabar yang lain.

Turun perlawanan dalam keadaan padang basah, keazaman Sang Kijang Hijau terserlah dihadapan hampir 200 penyokong yang bertandang setelah mengatur banyak gerak merbahaya kearah kubu tuan rumah.

Pada minit ke-5, peluang pertama hadir melalui gerakan Masri, Badhri dan Rozaimi namun peluang satu lawan satu Gassama Alfussainey bijak ditampan penjaga gol Glory United, Mohamad Firdaus.

Seminit kemudian, tandukan Nazri Muhamad hasil sepakan sudut Badhri Radzi sedikit sahaja melewati palang gol.

Glory United FC mencemaskan seketika kem pelawat apabila tampanan Afzal Nazri hasil gerakan Haikal Nazri berjaya diselamatkan Shahrizan Ismail pada minit ke-11.

Gol yang dinantikan akhirnya menjelma tiba melalui sentuhan Gassama Alfussainey apabila pemain ini tenang menyudahkan hantaran Badhri Radzi pada minit ke-14.

Gandingan Badhri dan Gassama terus memukau pada minit ke-27 setelah ‘through pass’ dari kawasan tengah disempurnakan Gassama dengan aksi menggelecek penjaga gol Glory United untuk jaringan kedua perlawanan.

Tuan rumah cuba bangkit melalui Haikal Nazri namun cubaan melalui sepakan percuma pada minit ke-32 tidak mengancam kubu Kelantan United.

Tiga minit selepas itu, sepakan percuma Muhammad Hasif Khalid dari jarak 40 meter hampir memberikan Glory United jaringan gol tetapi sentuhan terakhir Shahrizan Ismail menyelamatkan gawang Kelantan United FC dari bolos.

Ketika babak pertama hampir tamat, Masri Asyraf sepatutnya menambah satu lagi gol sebelum ke bilik persalinan tetapi cubaan dari dalam kotak penalti hanya mengena jaring tepi.

Bersambung babak kedua, Kelantan United FC melakukan perubahan taktikal dengan memasukkan Fakhrul Zaman bagi mengantikan Masri Asyraf.

Fakhrul Zaman melakukan impak segera pada minit ke-52 apabila hantaran Gassama disudahkan dengan sepakan kencang menewaskan Mohamad Firdaus buat kali ketiga.

Glory United menyaksikan dua gerakan dari Haikal Nazri sempat diselamatkan pertahanan Kelantan United FC pada pertengahan babak kedua.

Minit ke-76, Gassama melengkapkan jaringan hatrik dan gol keempat perlawanan apabila menerima hantaran satu dua Azrean Aziz seterusnya disudahkan ke gawang Glory United.

Ketika aksi hampir ditamatkan, bermula dari serangan balas pantas, Fakhrul Zaman melonjak tinggi menanduk kepada Gassama yang berseorangan membawa masuk ke kawasan Glory United sebelum menggelecek Mohamad Firdaus pada minit ke-86 untuk gol kelima.

Jaringan tersebut mematahkan terus semangat tuan rumah untuk mencari jaringan saguhati dan selepas tambahan masa dua minit, wisel panjang dibunyikan pengadil perlawanan untuk mengesahkan Kelantan United FC selaku juara pertama Liga M3 2019.

Mohamad Firdaus (PG) (KP), Hafiz Mat Hashim, Muhammad Farid, Akmal Hafizan, Muhammad Aminul Hakim, Muhammad Hasif, Mohammad Norhamizikri, Muhammad Sufie, Haikal Nazri, Afzal Nazri dan Mohd Faizal.

Shahrizan Ismail (PG) (KP), Faizol Nazlin, Amiridzwan Taj, Daudsu Jamaluddin, Nazri Muhamad, Gassama Alfussainey, Badhri Radzi, Shahrul Hakim, Masri Asyraf dan Nizad Ayub.

Leave a Reply