shopping-bag 0
Items : 0
Subtotal : RM0.00
View Cart Check Out

Single Blog Title

This is a single blog caption

Sejarah Telah Tercipta, Izinkan Kami Nikmatinya Sementara.

Alhamdulillah, satu musim panjang yang cukup memenatkan namun tetap satu senyuman terukir atas kejayaan pasukan Kelantan United FC mengesahkan tempat mereka selaku juara Liga M3 2019 dan layak merit ke Liga Premier bagi musim 2020 ketika saingan masih berbaki 1 perlawanan.

25 perlawanan, 21 kemenangan, 2 kali seri dan 2 kali tewas, kejuaraan yang cukup berbaloi untuk dinikmati semua pihak di sebalik kelab termasuk penyokong kami kala kelab baru setahun jagung dibina.

Benar, musim depan merupakan musim yang cukup mencabar bagi Sang Kijang Hijau di pentas yang lebih tinggi tetapi benarkan kami seketika meraikan kejayaan ini buat sementara kerana sejarah yang tercipta cukup manis untuk kita kecapi bersama.

Walau sekadar liga divisyen tiga Malaysia, walau hanya beraksi dalam liga berstatus semi-pro, akan tetapi saingan yang diberikan oleh pasukan yang bertanding tidak boleh dipandang remeh dan mudah.

Banyak pahit getir, suka duka sudah dilalui untuk berada pada kedudukan sekarang. Bukan mudah namun semuanya sudah hampir berakhir dengan penamat yang sempurna.

Tinggal satu sahaja lagi untuk diharungi, bersama menjulang satu piala kemegahan. Pada sekalian penyokong dan peminat bola sepak Kelantan. Dimana sahaja anda semua berada. Kemenangan dan kejuaraan ini kita raikan bersama. Kita kini JUARA. InshaAllah bersama kita nikmatinya. Musim 2019, sejarah gemilang Kelantan United FC telah tercatat dalam Liga Malaysia.

Kita Sahut, Kita Lawan.
Segheii Kijeyy Segheii.
#KitaJuara

Leave a Reply