shopping-bag 0
Items : 0
Subtotal : RM0.00
View Cart Check Out

Single Blog Title

This is a single blog caption

Liga M3 2019 | Prebiu Minggu 26 Kelantan United FC vs Armed Forces FC

“Last” game Liga M3 dan sambutan piala buat Kelantan United FC apabila melayan kunjungan Armed Forces FC di Stadium KLFA, Cheras, malam ini.

Perlawanan yang tidak boleh mengubah kedudukan liga buat kedua-dua pasukan namun penuh dengan maruah yang perlu dijaga.

Kala Kelantan United FC membawa misi balas dendam agar sambutan kejuaraan mereka tidak “ttaalaaa”, Armed Forces FC pula sudah pasti menginginkan keputusan terbaik seterusnya menyamai pencapaian Kuching FA membenam anak buah Zahasmi secara total pada musim ini.

Perlawanan pusingan pertama dimenangi Armed Forces dengan jaringan tipis 1-0 menerusi sentuhan Venice Elphi di Stadium Mindef dan kali ini, Kevin Lee Cooper serta barisan pemainnya sudah tentu mahu mengulanginya sekali lagi biarpun mereka tahu Sang Kijang Hijau kali ini cukup berbeza.

Bagaimanapun, kedua-dua pasukan sudah melalui satu musim panjang yang sangat kompetetif dan perubahan pasukan juga sudah cukup ketara. Masing-masing ada kelebihan tersendiri dan perlawanan malam ini dijangka sengit dengan aksi berbalas serangan. Kita harapkan, satu perlawanan adil dan satu aksi hebat akan berlangsung seterusnya menghiburkan penyokong yang bertandang.

Melihat pada sesi latihan kem Kelantan United FC, tiada perubahan ketara seperti mana perlawanan sebelum ini. Semua pemain juga cergas dan boleh diturunkan kecuali Seydou Sako yang terpaksa disisihkan akibat pengantungan perlawanan. Penjaring terbanyak, Fakhrul Zaman sudah pulih sepenuhnya. Fadhilah Pauzi juga sudah boleh diturunkan selepas kembali dari pengantungan dua perlawanan.

Kapten, Shahrizan Ismail seperti biasa dijangka akan mengetuai Kelantan United pada aksi ini. Satu perlawanan yang istimewa untuk tonggak veteran ini. Bukan sahaja melengkapkan koleksi semua pingat Liga Malaysia sepanjang 25 tahun karier malah sambutan harijadi yang ke-40. Cukup spesial dan cukup bermakna. Detik terbaik buat diri pemain ini menjulang kejuaraan selaku ketua pasukan.

Kita yakin gandingan Shahrizan bersama Daudsu Jamaluddin, Faizol Nazlin akan membentuk kombinasi mantap seterusnya merekodkan “clean sheet” yang ke-14 dalam 26 perlawanan. InshaAllah mampu direalisasikan.

Jentera tengah dan serangan, perlu berwaspada dan tidak boleh bersikap ambil mudah. Penjaga gol Armed Forces sudah membuktikan pada perlawanan di laman mereka bahawa aksinya pasti mengundang “stress”. Oleh itu, jangan mudah sia-siakan peluang. Terus melakukan jaringan jika berpeluang.

Armed Forces kini dalam prestasi terbaik. Lima perlawanan, empat menang dan sekali seri. 21 gol, 3 bolos. Purata 4.2 gol bagi setiap perlawanan. Ini juga bermakna, “sekk askar” cukup merbahaya terutamanya pemain seperti Rafizol Roslan dan Faiz Ibrahim yang telah mencetak 7 gol. Turut perlu dijaga, Zaironi Yusof yang juga antara “scorer” wajib pelawat bila turun aksi liga.

Keupayaan Venice biarpun sudah berusia tidak boleh dipandang remeh. Jaringan pemain ini telah mengejutkan Kuching FA dua minggu lalu. Jadi, biar kudrat sudah terbatas, pengalaman yang ada padanya mungkin akan digunakan sepenuhnya keatas Sang Kijang Hijau.

Pasukan kendalian Kevin Lee Cooper cukup berbisa sepanjang 45 minit pertama. 14 gol mereka jaringkan pada waktu ini. Selain itu, mereka juga kebal kerana tidak bolos pada babak pertama. Satu statistik hebat di Liga M3 untuk meletakkan mereka sebagai salah satu pencabar utama.

Justeru itu, Armed Forces FC adalah team “solid” yang akan memaksa Kelantan United FC berkerja keras jika mahu merekodkan rekod tanpa kalah di laman sendiri serta melakukan satu penamat yang sempurna.

Kepada peminat dan penyokong bola sepak Kelantan di sekitar Lembah Klang, jom ke stadium malam ini. Dilaporkan juga ada penyokong kita dari Kota Bharu dan daerah lain sedang menuju ke arena untuk bersama-sama mencipta sejarah Kelantan United. Ayuh berikan sorakan untuk membangkitkan semangat pemain. Penuhkan venue, kita berikan dukungan dan kita raikan pemain selepas tamat perlawanan. InshaAllah kemenangan milik pasukan. Pada yang tidak berkesempatan, kami tahu anda juga turut bersedih gagal ke stadium, oleh itu, jangan lupa saksikan secara langsung (LIVE) di laman rasmi Facebook penganjur, Amateur Football League (AFL). Jam 9.00 malam sepak mula.

Kitakan juara.. Kita Sahut, Kita Lawan.
Segheiii Kije Segheiii.

Leave a Reply