shopping-bag 0
Items : 0
Subtotal : RM0.00
View Cart Check Out

Single Blog Title

This is a single blog caption

Kelantan United Juara M3 2019

Terima Kasih AFL, Penaja dan Penyokong KUFC. Kami Dedikasikan Piala Ini Kepada Anda.

Alhamdulillah tamat sudah 26 perlawanan Liga M3 dan Kelantan United FC juga telah dengan rasminya dinobatkan selaku juara edisi pertama bagi musim 2019 di Stadium KLFA, Cheras, malam tadi.

Pertama sekali, syukur pada Allah atas keizinanNYA, kelab yang baru setahun jagung dijenamakan semula telah mencipta kejayaan yang cukup bersejarah bila mana berjaya menamatkan saingan di tempat pertama. Alhamdulillah.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Amateur Football League (AFL), selaku penganjur kejohanan, mereka ternyata banyak membantu Kelantan United FC mengharungi musim panjang dan saingan yang sangat mencabar. Tunjuk ajar, dokumentasi, saranan serta kerjasama erat daripada mereka membolehkan perjalanan kelab dari awal hingga ke penghujung berjalan sangat lancar.

Tidak lupa kepada semua penaja kami seperti MySports Station untuk kelengkapan jersi pasukan berjenama Skyhawk, U-Shop dan Ko-Ummah untuk penajaan kewangan, Secretleaf, Qashwa Travel dan penaja pengangkutan rasmi, Konsortium E-Mutiara melalui Bas Musafir. Buat individu, syarikat besar atau korporat yang membantu dalam diam tanpa mahu publisiti, moga rezeki anda semakin bertambah, inshaAllah. Tanpa anda semua, kelab pasti berdepan masalah dan komitmen berterusan anda semua telah menjadi salah satu faktor kejayaan Kelantan United FC ke Liga Premier.

Begitu juga buat semua penyokong kami. Terima kasih kerana sentiasa mendukung pasukan dikala menang dan kalah. Alhamdulillah, kami cukup terharu dengan sokongan padu anda untuk meletakkan kelab setaraf sokongan seperti pasukan atasan lain. Teruskan memberi sokongan atas nama Negeri Kelantan kerana kami disini hadir juga kerana ingin menaikkan lagi nama negeri kita ke persada bola sepak negara. Selain itu, terima kasih tidak terhingga pada mereka yang menyokong kami dengan pembelian jersi, barangan kelab dan penaja, serta tiket perlawanan. Sejujurnya, dengan pembelian anda ini juga membantu kelab untuk berjalan lancar hingga ke akhirnya.

Akhir kalam, kami bangga dengan anda semua yang bertungkus lumus membantu kelab hingga mencapai kejayaan hebat. Musim depan saingan semakin mencabar, inshaAllah Kelantan United FC akan terus mekar ke Liga Premier 2020.

Leave a Reply