shopping-bag 0
Items : 0
Subtotal : RM0.00
View Cart Check Out

Single Blog Title

This is a single blog caption

Fakhrul Zaman, Shahrul Hakim Kekal 2021.

Kelantan United Football Club (KUFC) secara rasmi mengumumkan lanjutan kontrak kepada Fakhrul Zaman serta Shahrul Hakim Rahim.

Dengan pengumuman tersebut, kedua-dua pemain itu dikekalkan buat tahun ketiga berturut-turut setelah membantu Sang Kijang Hijau menjuarai Liga M3 pada musim 2019 dan menamatkan Liga Premier di tempat kelapan musim lalu.

Fakhrul Zaman adalah penjaring terbanyak kelab setakat ini dengan melakar 40 gol dalam 38 perlawanan.Sementara itu, Shahrul Hakim pula telah menjaringkan 19 gol dalam 34 perlawanan buat Kelantan United FC dan merupakan pemain terbaik pilihan kelab pada 2019 serta 2020.

Dalam perkembangan sama, KUFC turut mengumumkan dua tonggak muda dari Piala Presiden iaitu Umeir Aznan dan Fazrul Amir akan naik pangkat ke skuad senior untuk saingan Liga Premier musim hadapan.

Terdahulu, pihak pengurusan KUFC sebelum ini telah mengumumkan rombakan besar-besar dalam senarai pemain apabila melepaskan lebih 20 pemain seterusnya merekrut pemain baru yang berpotensi dalam usaha mereka memberikan cabaran pada semua kejohanan Liga Malaysia anjuran Malaysian Football League tahun depan.

-Unit Media (Official) KUFC-

Leave a Reply