shopping-bag 0
Items : 0
Subtotal : RM0.00
View Cart Check Out

Single Blog Title

This is a single blog caption

KUFC Tandatangan Bekas Pemain Antarabangsa Jepun.

Mashashi Motoyama

Kelantan United Football Club (KUFC) mengumumkan telah menandatangani bekas pemain antarabangsa Jepun, Mashahi Motoyama untuk saingan Liga Malaysia musim depan.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Presiden, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi pada majlis tandatangan perjanjian kerjasama strategik Yakult (M) Sdn. Bhd dan KUFC di Hotel Ibis Styles, Kota Bharu, tengahari tadi.

Menurut Dato’ Che Abdullah, faktor usia bukan penghalang untuk melihat Mashashi Motoyama untuk beraksi cemerlang disini.

“Dia berumur 41 tahun, tetapi kita dapat informasi mengatakan tahap kecergasan pemain ini berada di tahap terbaik”.

Katanya lagi, Mashashi telah bermain selama 18 tahun bersama Kashima Antlers, 4 tahun dengan Giravanz Kitakyushu dan di Jepun, pemain ini dianggap lagenda kerana merupakan ahli skuad Samurai Biru yang menempa banyak kejayaan dari 2002 hingga 2006.

Sementara itu, mengulas tentang kerjasama dengan Yakult, Dato’ Che Abdullah menyifatkan kerjasama pintar ini akan memberi manfaat kepada Kelantan United FC serta pembangunan akar umbi di negeri Kelantan.

Justeru itu, beliau berharap dengan kerjasama strategik ini, pembangunan bola sepak di negeri ini dapat diteruskan seterusnya memberi manfaat kepada semua rakyat Kelantan keseluruhannya.

Terdahulu, Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Mr. Hiroshi Hamada pada majlis itu turut menyerahkan replika cek tajaan berjumlah RM250 ribu sebagai simbolik tajaan kepada Dato’ Che Abdullah Mat Nawi.

Foto : Getty Image / Mashashi Hara

-Unit Media (Official) KUFC-

Leave a Reply