shopping-bag 0
Items : 0
Subtotal : RM0.00
View Cart Check Out

Single Blog Title

This is a single blog caption

Pemain Bagus, Ada Kualiti.

Pemain yang direkrut masuk Kelantan United FC pada saingan Liga Malaysia 2021 menunjukkan kualiti dan disiplin cemerlang pada tempoh pra musim kali ini.

Pengarah Teknikal, Nazrulerwan Makmor yang memantau skuad kendalian Akira Higashiyama jelas berpuas hati dengan prestasi pemain selepas dua minggu sesi latihan dijalankan.

“Kita fokus pada kecergasan tetapi tetap menjalankan sesi sentuhan bola, pemain nampak bagus, mereka ada kualiti, jika berjaya mencapai potensi, inshaAllah mereka mampu memberi sesuatu kepada KUFC musim ini”.

“Mereka (pemain) cukup bersemangat malah berganding baik sewaktu latihan. Kita dapat lihat perkara ini malah tonggak yang kita kekalkan juga tidak kekok berlatih bersama. Ini satu permulaan yang baik”.

Dalam perkembangan sama, Nazrulerwan turut menjelaskan pihak kejurulatihan juga sedang menilai beberapa perkara lagi dengan pengurusan kelab termasuk perlawanan persahabatan dalam usaha mereka mengukuhkan pasukan sebelum sepak mula hujung Februari nanti.

“KUFC sedang menilai banyak perkara untuk persediaan terbaik pasukan. Kami turut mengatur beberapa perlawanan persahabatan melawan kelab-kelab terbaik di negara kita, semuanya akan berlangsung dalam masa terdekat”.

-Unit Media (Official) KUFC-

Leave a Reply