shopping-bag 0
Items : 0
Subtotal : RM0.00
View Cart Check Out

Single Blog Title

This is a single blog caption

Fitri Omar Tidak Janggal Berlatih Sendirian.

Walau tidak menjalani latihan padang seperti biasa ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri Kelantan, pemain Sang Kijang Hijau tetap menjalani program latihan sendiri di rumah bagi memastikan mereka tetap cergas.


Pemain pertahanan, Fitri Omar berkata, dirinya tidak janggal berlatih sendirian lantaran sudah biasa kerana musim lalu juga mereka terpaksa berlatih di kediaman sendiri setelah arahan ‘lockdown’ di seluruh negara.


“Tiada bezanya. Sudah biasa. Program latihan dari jurulatih kecergasan turut tidak banyak beza kecuali pasukan sahaja berbeza dimana dulu saya bermain untuk PJ City FC dan musim ini untuk KUFC”

Jelas Fitri, program latihan mereka dipantau jurulatih kecergasan, Kamarul Dinis. Beliau mengatur beberapa program dan meminta pemain sentiasa ‘update’ perkembangan latihan melalui hantaran video.


‘Coach Kamarul akan meminta video latihan dari pemain dari masa ke semasa agar setiap program yang dibuat telah dilakukan oleh pemain”.


Dalam perkembangan sama, Fitri Omar turut menyuarakan harapan PKP yang sedang berjalan tidak dilanjutkan sehingga menangguhkan saingan Liga Premier yang dijangka bermula pada penghujung Februari nanti.


“Semoga pada PKP 2.0 ini semuanya baik-baik sahaja. Bukan untuk Kelantan United FC sahaja tetapi untuk semua pasukan dalam saingan Liga Malaysia”.


“Saya harap, tiada lagi penangguhan liga dengan setiap pasukan dibenarkan membuat latihan tetapi diwajibkan mematuhi SOP ketat seterusnya memberi tumpuan pada perlawanan yang dijangka bermula hujung Februari nanti”.


-Unit Media (Official) KUFC-

Leave a Reply