shopping-bag 0
Items : 0
Subtotal : RM0.00
View Cart Check Out

Player Profile

Amirizdwan Taj Tajudin

24 Center Back

Nationality :Malaysia
Date Of Birth :
Height :
Weight :
  • CBPosition
  • 4Games Played
  • Minutes Played
  • Starts
  • Substitution On
  • Substitution Off
  • Passes
  • Passing Accuracy
  • Passing Accuracy opp. Half
  • Duels Won
  • Duels Lost
  • Duels Won (%)
  • Aerial Duels Won
  • Aerial Duels Lost
  • Aerial Duels Won (%)
  • Recoveries
  • Tackles Won
  • Tackles Lost
  • Tackles Won (%)
  • Clearances
  • Blocks
  • Interceptions
  • Penalties Conceded
  • Fouls Won
  • Fouls Conceded
  • Yellow Cards
  • Red Cards
  • Goals
  • Penalty Goals
  • Minutes Per Goal
  • Total Shots On Target
  • Total Shots Off Target
  • Shooting Accuracy
  • Successful Crosses
  • Unsuccessful Crosses
  • Successful Crosses (%)
  • Assists
  • Chances Created
  • Penalties Won
  • Offsides

Mengharungi masa sukar selepas Perlis disingkirkan dari Liga Malaysia pada awal musim tempoh hari, Amiridzwan Taj tidak mempunyai mana-mana kelab pada pintu perpindahan kedua sebelum ini. Melihat pada pengalaman yang dimiliki, pihak pengurusan kelab atas nasihat dari pihak jurulatih akhirnya bersetuju untuk merekrut masuk pemegang pingat kejuaraan Liga Perdana musim 2012 ini ke dalam skuad Kelantan United FC pada saat akhir.

Mungkin bagi sesetengah penyokong berpendapat kehadiran Amiridzwan satu pelaburan merugikan selepas rekod sebelum ini terpalit dengan masalah kecederaan serius namun bagi pihak kelab, kehadiran pemain ini, pada waktu ini merupakan satu bonus dalam usaha pihak jurulatih mengukuhkan skuad sedia ada dalam misi besar dipromosi ke Liga Perdana musim depan.

Hadir melalui Liga Universiti, pemain berasal dari Kota Bharu ini boleh dikatakan antara pemain versatile biarpun tidak mempunyai karier remaja seperti kebanyakan pemain dalam Liga Malaysia yang lain.

Melakukan 60 atau lebih perlawanan sewaktu bersama UITM, Amiridzwan Taj menyertai ATM selepas aksi pemain ini cukup diminati B. Sathianathan.

Membantu kelab itu muncul juara dalam Liga Perdana dan Piala Sumbangsih, dia sempat beraksi selama empat musim sebelum menyertai Kelantan pada 2015.

Semusim di Kelantan, pemain yang kini berusia 33 tahun ini menyertai Terengganu namun hampa apabila ditamatkan kontrak selepas enam bulan akibat kecederaan serius yang dialami. Kembali dari kecederaan, menyertai PKNS pada 2017 dan kembali ke Kelantan pada 2018 merupakan titik hitam dalam karier pemain ini kerana gagal menepati kehendak dari pihak jurulatih seterusnya disingkirkan dari skuad atas persetujuan bersama.

Awal 2019, dia bersama deretan pemain bintang dibawa masuk menyertai Perlis dan diturunkan dalam beberapa perlawanan Liga Perdana tetapi akhirnya turut kecewa selepas penyertaan Perlis terbatal dek sikap pengurusan pasukan yang gagal membayar gaji pemain.