shopping-bag 0
Items : 0
Subtotal : RM0.00
View Cart Check Out

Player Profile

Fakhrul Zaman Wan Abdullah Zawawi

10 Striker

Nationality :Malaysia
Date Of Birth :
Height :
Weight :
  • STPosition
  • 23Games Played
  • Minutes Played
  • Starts
  • Substitution On
  • Substitution Off
  • Passes
  • Passing Accuracy
  • Passing Accuracy opp. Half
  • Duels Won
  • Duels Lost
  • Duels Won (%)
  • Aerial Duels Won
  • Aerial Duels Lost
  • Aerial Duels Won (%)
  • Recoveries
  • Tackles Won
  • Tackles Lost
  • Tackles Won (%)
  • Clearances
  • Blocks
  • Interceptions
  • Penalties Conceded
  • Fouls Won
  • Fouls Conceded
  • Yellow Cards
  • Red Cards
  • 34Goals
  • Penalty Goals
  • Minutes Per Goal
  • Total Shots On Target
  • Total Shots Off Target
  • Shooting Accuracy
  • Successful Crosses
  • Unsuccessful Crosses
  • Successful Crosses (%)
  • 16Assists
  • Chances Created
  • Penalties Won
  • Offsides

Fakhrul Zaman memerlukan 19 minit sahaja untuk melakar jaringan sulung buat pasukan senior dalam kemunculan pertama bersama The Red Warriors sebagai pemain gantian namun akhirnya terpinggir sehingga tamat kontrak kerana polisi KAFA yang mahukan tenaga import mengemudi jentera serangan pasukan.

Muncul dari produk The Young Warriors, Fakhrul Zaman mencipta sensasi apabila menjadi antara pemain “TOP” melakukan jaringan seterusnya membantu pasukan Piala Belia merangkul naib juara serta kejuaraan Piala Presiden pada tahun 2013.

Pemain ini terus kekal dalam skuad Piala Presiden 2015 dan sekali lagi merangkul kejuaraan sehingga meletakkan namanya dalam senarai prospek bakal dinaikkan ke skuad Kelantan 2016.

Keupayaan pemain ini tidak boleh dipertikaikan kerana pada zaman remaja sebelum menyertai Kelantan, program Harimau Muda oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pernah menawarkan tempat sebanyak dua kali kepadanya tetapi masalah kecederaan pada waktu itu menyekat hasrat Fakhrul Zaman.

Melakukan “debut” gol dengan Kelantan pada April 2016, dia sempat membuat 3 penampilan, pada 2017 peluang lebih terbuka untuknya di Liga Super tetapi demi meningkatkan prestasi dan lebihan pemain dalam skuad, dia dipinjamkan kepada MISC MIFA.

Pada tahun 2018 dibawah era presiden baru, Fakhrul Zaman antara tonggak yang seringkali diturunkan dalam skuad Kelantan biarpun jurulatih silih berganti malah pernah dilantik kapten pasukan namun akhirnya mengalami nasib duka pada hujung musim.

Selepas tidak disambung kontrak, Kelantan United hadir memberikan peluang. Setakat ini keupayaan Fakhrul Zaman mula membuka mata semua pihak sama ada didalam atau luar negeri.

Apa tidaknya, dia diturunkan hampir dalam semua aksi dengan Kelantan United dan kini sudah melakar 34 gol jika dicampur semua saingan rasmi, Fakhrul Zaman turut mencipta fenomena apabila melakar “Triple” Hatrik pada aksi M3 dan Shopee Piala FA.