shopping-bag 0
Items : 0
Subtotal : RM0.00
View Cart Check Out

Player Profile

Famirul Asyraf Sayuti

11 Attacking midfielder Left,

Nationality :Malaysia
Date Of Birth :
Height :
Weight :
  • AMLPosition
  • 9Games Played
  • Minutes Played
  • Starts
  • Substitution On
  • Substitution Off
  • Passes
  • Passing Accuracy
  • Passing Accuracy opp. Half
  • Duels Won
  • Duels Lost
  • Duels Won (%)
  • Aerial Duels Won
  • Aerial Duels Lost
  • Aerial Duels Won (%)
  • Recoveries
  • Tackles Won
  • Tackles Lost
  • Tackles Won (%)
  • Clearances
  • Blocks
  • Interceptions
  • Penalties Conceded
  • Fouls Won
  • Fouls Conceded
  • Yellow Cards
  • Red Cards
  • 1Goals
  • Penalty Goals
  • Minutes Per Goal
  • Total Shots On Target
  • Total Shots Off Target
  • Shooting Accuracy
  • Successful Crosses
  • Unsuccessful Crosses
  • Successful Crosses (%)
  • 3Assists
  • Chances Created
  • Penalties Won
  • Offsides

Berusia 29 tahun, Famirul Asraf sudah merasai pelbagai kegemilangan, kejayaan, keunggulan dan juga kejatuhan sejak beraksi dalam kancah Liga Malaysia bermula tahun 2009.

Tidak dapat dipastikan bila dan dimana memulakan karier remaja, Famirul tersenarai dalam skuad Kuala Muda Naza 2009 namun mula mencipta nama selepas menyertai Pahang pada 2010.

Pada waktu ini, dua musim di skuad Tok Gajah segalanya bagaikan berada di bintang buat pemain ini selepas melakukan lebih 30 penampilan dengan melakukan banyak jaringan gol sehingga dipanggil menyertai skuad Pilihan Malaysia menentang Chelsea.

Penghijrahan ke Selangor, Sime Darby, Kelantan selama dua musim serta Melaka FA adalah detik kejatuhan buat pemain ini kerana gagal mendapat tempat dalam senarai kesebelasan utama menyebabkan nama Famirul mula hilang dari sebutan peminat biarpun beberapa tahun sebelum itu dijangka akan menjadi antara pemain terbaik bola sepak negara.

Beraksi di posisi tengah dan serangan, karier Famirul sedikit naik pada musim 2016 dan 2017 ketika mewakili Perlis namun kembali tenggelam pada 2018 biarpun sempat melakar beberapa jaringan buat kelab MOF FC.

2019, dapat dilihat biarpun beraksi di saingan ketiga Liga Malaysia, Famirul mula mendapat sentuhan kembali dan pengalaman sejak di peringkat senior menjadi pemangkin kepada kejayaan Kelantan United FC setakat ini. Sentiasa dalam perancangan jurulatih menunjukkan Famirul Asraf masih berkeupayaan jika diperlukan.

Mungkin Famirul tidak akan mendapat semula prestasi seperti zaman permulaan namun sentuhan pemain ini terus ditagih untuk mengukuhkan jentera tengah dan serangan Kelantan United FC selain menjadi antara tonggak senior membimbing pemain muda lain yang menganggotai pasukan.