shopping-bag 0
Items : 0
Subtotal : RM0.00
View Cart Check Out

Player Profile

Mohd Daudsu Jamaludin

11 Attacking midfielder Left

Nationality :Malaysia
Date Of Birth :
Height :
Weight :
  • AMLPosition
  • 15Games Played
  • Minutes Played
  • Starts
  • Substitution On
  • Substitution Off
  • Passes
  • Passing Accuracy
  • Passing Accuracy opp. Half
  • Duels Won
  • Duels Lost
  • Duels Won (%)
  • Aerial Duels Won
  • Aerial Duels Lost
  • Aerial Duels Won (%)
  • Recoveries
  • Tackles Won
  • Tackles Lost
  • Tackles Won (%)
  • Clearances
  • Blocks
  • Interceptions
  • Penalties Conceded
  • Fouls Won
  • Fouls Conceded
  • Yellow Cards
  • Red Cards
  • Goals
  • Penalty Goals
  • Minutes Per Goal
  • Total Shots On Target
  • Total Shots Off Target
  • Shooting Accuracy
  • Successful Crosses
  • Unsuccessful Crosses
  • Successful Crosses (%)
  • 3Assists
  • Chances Created
  • Penalties Won
  • Offsides

Tidak perlu diperkenalkan lagi, tonggak pertahanan berpengalaman ini cukup dikenali oleh peminat bola sepak Malaysia dan Kelantan khususnya. Salah seorang pemain yang sudah memiliki kesemua koleksi pingat Liga Malaysia ketika mewakili Kelantan FA dan Johor Darul Takzim (JDT). Pemain berusia 34 tahun yang berasal dari Kota Bharu ini juga salah seorang pemain yang mencipta sejarah merangkul kejuaraan Piala AFC pada tahun 2015.

Memulakan karier bersama pasukan Kelantan u21, Daudsu menyertai TNB Kelantan namun gagal mendapat tempat dalam skuad tersebut. Bagaimanapun, penyertaan bersama Johor FC pada tahun 2005 menaikkan nama pemain ini sehingga dipanggil menyertai skuad negara.

Ketika era kepimpinan Tan Sri Annuar Musa, Daudsu termasuk dalam senarai pemain untuk projek Kelantan FA memecahkan dominasi pasukan berstatus gergasi seterusnya merangkul pelbagai kejuaraan sepanjang empat tahun bersama The Red Warriors.

Pada musim 2014, Daudsu mencipta kontroversi apabila menyertai JDT bersama beberapa pemain Kelantan yang lain. Dua musim bersama pasukan selatan, Daudsu merangkul beberapa lagi kejuaraan utama tetapi akhirnya terpaksa meninggalkan pasukan pada 2016 selepas gagal mendapat tempat dalam skuad bintang seterusnya menyertai semula Kelantan FA.

2018, pemain ini mengejutkan peminat bola sepak negara selepas bertindak menyertai Marcerra Kuantan namun hanya sempat beraksi beberapa perlawanan seterusnya menamatkan kontrak untuk menyertai DAR Wanderers. Oleh kerana kegagalan DAR Wanderers bersaing baik di pentas Liga FAM, Daudsu akhirnya direkrut Zahasmi Ismail bagi menyertai Kelantan United.

Untuk setakat ini, dia telah melakukan 15 penampilan bersama kelab berpangkalan di Kota Bharu tersebut dan telah memberikan aksi konsisten membantu Kelantan United FC menjulang kejuaraan Liga M3 2019. Kita harapkan pengalaman yang dimiliki pemain ini bukan sahaja membantu Kelantan United malah melengkapkan koleksi pingat Daudsu sepanjang bergelar pemain profesional liga Malaysia.