shopping-bag 0
Items : 0
Subtotal : RM0.00
View Cart Check Out

Player Profile

Muhamad Fadhilah Pauzi

26 Defensive Midfilder

Nationality :Malaysia
Date Of Birth :
Height :
Weight :
  • DMPosition
  • 16Games Played
  • Minutes Played
  • Starts
  • Substitution On
  • Substitution Off
  • Passes
  • Passing Accuracy
  • Passing Accuracy opp. Half
  • Duels Won
  • Duels Lost
  • Duels Won (%)
  • Aerial Duels Won
  • Aerial Duels Lost
  • Aerial Duels Won (%)
  • Recoveries
  • Tackles Won
  • Tackles Lost
  • Tackles Won (%)
  • Clearances
  • Blocks
  • Interceptions
  • Penalties Conceded
  • Fouls Won
  • Fouls Conceded
  • Yellow Cards
  • Red Cards
  • Goals
  • Penalty Goals
  • Minutes Per Goal
  • Total Shots On Target
  • Total Shots Off Target
  • Shooting Accuracy
  • Successful Crosses
  • Unsuccessful Crosses
  • Successful Crosses (%)
  • 3Assists
  • Chances Created
  • Penalties Won
  • Offsides

Entah dimana silapnya, membantu skuad bawah 19 dan 21 tahun muncul juara dalam Piala Belia dan kejayaan berturut dalam Piala Presiden, dipromosi ke skuad utama The Red Warriors namun akhirnya tiada dalam perancangan Kelantan FA.

Langkah Fadhilah tempang walaupun memiliki status yang cukup menarik serta mendapat jangkaan yang cukup baik dari barisan jurulatih yang menaikkan nama pemain ini ketika karier remaja.

Apa tidaknya, pemain yang berusia 23 tahun ni berada dalam skuad belia yang muncul juara pada 2014 dan selepas itu menggapai kejuaraan Piala Presiden pula pada 2015 dan 2016, debut sebagai pemain gantian dalam skuad senior pada Ogos 2016 dalam saingan Piala Malaysia hasil prestasi cemerlang tetapi menamatkan kebanyakan perlawanan dua musim berikutnya di bangku simpanan dan tempat duduk penyokong.

Jelas bakat anak muda tidak digunakan secara maksima oleh Sang Kijang memaksa dia berhijrah ke pasukan yang disingkirkan dari Liga Malaysia, Perlis FA buat sementara waktu sebelum direkrut Kelantan United FC untuk saingan Liga M3.

Setakat ini, Fadhilah Pauzi antara nama sinonim dalam senarai pemain dan sentiasa diturunkan dalam perlawanan walaupun terlepas beberapa aksi besar dek kutipan kad kuning. Dia nyata mempunyai kredibiliti tersendiri dan aksi di atas padang sentiasa mendapat pujian dari barisan jurulatih serta pihak pengurusan kelab kerana setiap arahan diikuti dengan persembahan cemerlang.

Pemain ini berkualiti tinggi dan prospek dari semua pihak menyatakan dia akan berjaya ke peringkat lebih tinggi selepas ini kerana memiliki kualiti hantaran, keras mengasak serta mampu membuat percubaan dari jarak jauh dengan tepat.